17/01/2014

Muar Bandar Di Raja



Muar merupakan jajahan terbesar dan terpenting yang pertama dimajukan di negeri Johor. Daerah Parit Jawa pula merupakan daerah terpenting bagi Muar dimana penduduknya mengusahakan tanaman gambir, kelapa dan pinang pada abad ke sembilan belas.

Perjalanan dari Parit Jawa ke Bandar Muar pada waktu itu amatlah sukar. Perjalanan laut terpaksa menghadapi serangan dari lanun-lanun, sementara perjalanan darat pula tiada kenderaan dan jalan yang ada pula buruk keadaannya.

Pada 13 November 1887, Kerajaan Johor cuba menyelesaikan masalah ini. Satu rundingan diadakan diantara Residen Ungku Sulaiman dengan Dato' Bentara Luar yang pada masa itu berjawatan sebagai ketua Jabatan Tanah dan Hal Ehwal Pertanian Daerah Muar.

Dalam rundingan ini satu persetujuan telah dicapai dimana pembinaan keretapi akan dimulakan pada awal tahun 1889 dengan tujuan memberi kemudahan kepada penduduk di Selatan Bandar Muar dan memudahkan kepada para pelajar sekolah berulangalik ke sekolah Inggeris di bandar Muar secara percuma.Pekerja yang terlibat dalam pembinaan jalan keretapi ini kebanyakannya terdiri dari orang Jawa yang berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu. Ini adalah kerana orang Jawa ini tidak mempunyai sebarang kerja tetap semasa berada di sini dan hasil tenaga mereka yang murah.

Sebab itu lah dekat Muar ramai sangat orang jawa kan? haha

Sumber -
http://searail.mymalaya.com/Johore/MSR.htm

No comments:

Post a Comment