27/10/2011

apa yang korang fikir?

Soalan ini agak complicated sikit sebab universal, sebagai contoh koarng pergi pejabat dengan menggunakan perkhidmatan bas, teksi, transit aliran ringan dan tumpang member. Dalam otak korang apa yg ada?
  1. Nak cepat.
  2. Jalan/LRT tak sesak.
  3. Jangan tunggu lama.
  4. Jangan rosak.
  5. Jangan bayar lebih (teksi sahaja).
  6. Tak dapat tempat duduk.
Ayat2 ini seringkali terkeluar bila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, lebih-lebih lagi bila tunggu bas, kadang-kadang lebih dari 1 jam menunggu namun bas masih tidak kelihatan. Bila dah sampai mulut ni gatal bertanya...."kenapa lambat bang?", dan korang tahu jawapannya.
  1. ko ingat aku ni apa?
  2. esok ko bayar gaji aku.
  3. ko turun sekarang jgn naik bas aku.
  4. ko jgn banyak bunyi, cukup baik aku dah sampai.
  5. lain kali ko jew yg bawak bas.
  6. ko ingat aku takdew keje lain?
  7. jalan jem.
  8. tadi ada roadblock.
  9. aku ikut ikut shedule aku jew.
  10. paling best, "apahal ko sebuk".
bagi pemandu teksi pula kadang-kadang suka ikut jalan jauh atau suka memandu perlahan-lahan, kadang meter tak sampai 50/km sejam, alasannya....
  1. saya dah banyak saman ni.
  2. jalan biasa jem waktu ni.
  3. alamak salah jalan pulak.
  4. kita ikut jalan mana?
  5. alamak minyak dah abeh lak (meter minyak pon dah banyak diubah suai).
  6. saya singgah petrol pam sekejap nak gi toilet.
bagi transit alirang ringan pula tak kurang sama kerenah. sebagai contoh penggunaan kad tiket atau T'n'G, adakalanya dgn mudah dan adakalanya kita pon bleh naik angin dibuatnya kenapa? masa membeli kedua kad ini memang tiada masaalah cuma bila dah ke slot machine, pasti pekara ini terjadi pada korang.
  1. korang dah masukkan kad tiket (reject).
  2. T'n'G (kad tidah sah/unsupported card).
bila diajukan pertanyaan, pelbagai alasan yg lucu dijawap oleh petugas di kaunter jualan tiket.
  1. saya cuma jual tiket jew, saya tak pandai bab2 mesin tu.
  2. encik/cik/tuan/puan boleh ke ....... untuk buat pertanyaan.
  3. orang lain takdew masaalah awak pulak ada masaalah.
  4. bukan kepakaran saya.
apa pula dari korang?

No comments:

Post a Comment