25/04/2012



Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
... 4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi
masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang
padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya
kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu
dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah
ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu
menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan
pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan
yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.
tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan
hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan
yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak
pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan
kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang
cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana
baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan
sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih
yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan
dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana
melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


| Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu!
"Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"
SHARE supaya kita semua tidak tertipu lg..

1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh
kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing,
mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi
ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
2. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam...
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil".
3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan
para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah
darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi
kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak
ikut nabi kita?
4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati
merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin
tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains
keluaran zionis ini.
5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain
susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan
mereka.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah
makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan
Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang
langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah
beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid,
pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga
yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya
McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan
paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan
minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya
soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki
dan perempuan.
8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam
soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya
ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang
penting untuk badan kita terjejas..
— with Azizul Mohd Nasir and Joel Ed Marxist.

24/04/2012



::..ANTARA JENIS MAKANAN YANG ADA DI DALAM NERAKA..::

1) ZAQQUM
Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa.
Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air
yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.?
Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim
(samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh
dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka
benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan
buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah
sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan
seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi
makanannya?”
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad
hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya
sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang
busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”
2) GISLIN
Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada
(pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya
kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
3) DARIE’
Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak
menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan
ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada
Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai
duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api.
Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
4) MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang
menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih.
(12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh
turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

5) KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN
Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka.
Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit
meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu
mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik.
Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman.
Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka
hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam
perut mereka.
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada
disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa
oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.


Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
...
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan
tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah
serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia
mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi,
beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal
menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat
membantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam.
Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu,
beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran,
membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari
kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam.
Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah
hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara
yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap
mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar
kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi
kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada
Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah
kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan
penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala
dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah..
Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat
hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk
bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan
rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat
keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap
selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan
cara tersendiri.
IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!
And dont forget to LIKE our page --> Islam Cara HidupkuSee More
By: SAYA BENCI KEPADA ORANG YG MEMBUANG BAYI.

16/04/2012

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu
kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat
maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan
kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.
Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya
ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan
wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk
di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu,
Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan
nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka
dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap
di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin
itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt
dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka
malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat
maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat
perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat
Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

cinta

Segala sesuatu di dunia dan akhirat ada di dalam al-Quran. Hikmah,
amaran, pujuk...an, kasih sayang, balasan, janji Tuhan, dan banyak l
agi terukir di dalam al-Quran.
Apa benda yang terukir di bintang sebenarnya?
Lihat kerdipan bintang yang indah, ucaplah "Subhanallah."
"Lihat keindahan bulan dan bintang, kembalilah taubat kepada Tuhan."

--
"Subhanallah."

Siratul mustaqim

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para ...sahabat, Baginda bersabda," Seandainya kalian mengetahui
apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka
dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya
kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka
melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
~Subhanallah,, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Allahumma solli 'ala muhammad

wahai kaum lelaki

Rasullah ada memesan pada kaum lelaki,Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 s...ifat ini.Tau apa dia 6 sifat yg Rasullah
pesan pada kaum lelaki? .Pada kaum wanita ketahuilah 6 perkara ini agar kita tak terjerumus dalam mana2 sifat yg ditegah ni.
Mohon la pada Allah agar sentiasa dlm peliharaannya.
>> Wanita Hananah iaitu wanita yg tak pernah tak pandai nk bersyukur <<
Dia tak bersyukur dgn jodohnya dan kufur dgn nikmat perkahwinan yg telah ditentukan.
>> Wanita Hadaqah iaitu wanita yg suka memaksa serta mengikut nafsu <<
Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri.Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nafsu.Jadi dia akan
memastikan serta memaksa suaminya utk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.
>> Wanita Syadaqah iaitu wanita yg suka membebel <<
Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda tu tak penting.Membebel tanpa mengira waktu.Akibat
terlebih banyak membebel maka selalunya apa yg dikerjakan tak menjadi.Hanya tau komen saja.
>> Wanita Mananah iaitu wanita yg suka membangga diri serta mengungkit <<
Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda2 kecil.Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.
>> Wanita Ananah iaitu wanita yg banyak komen <<
Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki.Kerana wanita jenis ni akan komen apa saja.Baginya ada saja kesalahan yg
dilakukan oleh oranglain walaupun suaminya sendiri.
>> Wanita Basaqah iaitu wanita yg suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji <<
Wanita jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan utk dirinya atau suaminya.Tetapi utk dipertontonkan pada oranglain utk
tujuan menunjuk-nunjuk serta utk mendapatkan pujian.

@< Itu antara 6 perkara yg di pesan oleh Rasul kita pada kaum lelaki.Jadi,pada kaum wanita sama2 dpt mengelakkan diri dari
6 perkara ini.Mohonlah padanya agar kita sentiasa dilindungi olehNya.Berubahlah agar kita tak melakukan perkara yg di tegah.
InsyaAllah
Dosa-dosa berguguran
" Hazrat Abu Zar Ra. berkata, "Suatu ketika Rasulullah SAW... keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur,
lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari
dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, "Wahai Abu Zar". Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah."
Kemudian Baginda SAW bersabda, " Apabila seseorang Islam menunaikan Solah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT,
dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok. " (HR Imam Ahmad)See More
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...
Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...
By: Harlina Binti Ahya Ulumuddin.
TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.
Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita a...kan sering menyembut namaNya.
Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.
Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.
Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.
Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.
Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.
Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.
Kasih Allah Kasih Sejati, ? ~ Z ~ ?
Selepas menbaca, dipersilakan share kepada kawan2 awak
KENAPA KUBUR WANITA
DIGALI SEDALAM 7 KAKI
BERBANDING KUBUR
LELAKI 5 KAKI ?
... Isteri : Abang, boleh
sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak
tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la
abang. Kenapa syarat
dalam Islam, bila lelaki
meninggal
dunia, kubur nya digali
sedalam 5 kaki tapi kubur
wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah
senang ja jawapannya tu..
(sambil tersenyum).
"Kalau nak tau Islam ni
agama yang sangat
prihatin dan bijaksana.
Sebenarnya sebab kubur
wanita digali lebih dalam
dari lelaki kerana jika
berlaku banjir, jenazah
wanita tersebut tak akan
terapung ke atas dan
akhirnya akan membuka
aurat jenazah. Islam
sangat menjaga aurat
kaum wanita, sampaikan
hingga nyawa dah
melayang dari jasad pun.
Islam masih melindungi
aurat kaum wanita."
Isteri : SubhanaAlLah.
Besarnya kuasa AlLah ya
abang.
Suami : *Hanya
tersenyum*
Wahai kaum wanita.
Tutuplah aurat mu
dengan sempurna, ketika
masih bernyawa. Kerana
InsyaAlLah, AlLah juga
akan membantu
melindungi aurat mu
walaupun nyawa sudah
tiada suatu hari
kelak..
(Click Share if u like
» Doa Ibu =?ialah keikhlasan terbaik di semesta.
»» Doa Ibu =?ialah jambatan ke...bahagiaan bagi anak-anaknya.
»» Doa Ibu =?ialah wujud cinta dari air mata dihdpnTuhan.
»» Doa Ibu =?ialah ketulusan yg selalu memaafkan kesalahan.
»» Doa Ibu =?ialah cinta yang tak pernah padam.