27/10/2011

kucing

Kalau korang nmpk kucing yg terbiar kat jalanraya apa yang korang akan buat? biarkan, ambil dan bela? tak kisahlah haiwan apa pun yang penting haiwan2 seperti ini tidak pernah menganggu korang, cuma kita sahaja yg rasa terganggu, apatah lagi sewaktu kita sedang menjamu selera di restoran atau di gerai2 makan di mana2 pun. Adakah korang akan mengusir haiwan ini jauh dari korang atau korang akan berkongsi sedikit makanan dengan mereka?
Memang ada segelintir manusia yg menzalimi haiwan2 seperti ini, disepak terajang malah terbaru kita terbaca di Mastika kaki hadapan seekor kucing dipotong gara2 mencuri ikan.....sungguh zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung, orang seperti itu hanya layak digelar dayus...kalau pun haiwan ini liar, tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa. Mereka juga berhak untuk bernafas seperti kita. semoga kejadian yg menimpa Hero (Mastika November 2011) tidak menimpa pada haiwan2 yg lain.

No comments:

Post a Comment