Hak Anda Apabila Ditahan
Polis | Artikel ini agak panjang, tetapi sangat berguna kepada
kita!! Baca sekiranya anda ingin mengetahui hak anda apabila ditahan
polis..banyak perkara yang polis tak sepatutnya buat terhadap kita semasa
menahan kita, namun disebabkan tiada ilmu mengenai hal ini, polis
sewenang-wenangnya mencabuli hak kita!!
RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak
anda bila Ditahan Polis Malaysia
1. APABILA DIBERHENTIKAN
POLIS
1.1 Tidak Berpakaian
Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak
berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila
tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis
yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
Biru : Berpangkat
Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih
rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan
nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan
nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda
Polis
Ambil perhatian nombor
pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT
ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama,
nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan
soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan,
"Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3 Adakah anda sedang
ditangkap
Anda sedang ditangkap
jika Polis:
menjawab "ya";
tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
menggari anda.
Jika anda tidak
ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke
mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak
boleh ditangkap
Polis tidak boleh
menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu
mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK
POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang
menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai
maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat
anda dan
mencatat semua jawapan
anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi /
Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis
membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika
tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu
Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda
menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara
bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai
Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan
Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu
kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu
waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3 Membuat Pernyataan
112
Semasa membuat Pernyataan
112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika
jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
Bawa bersama anda buku
catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
Catatkan dalam Nota
Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
Pastikan bahawa anda
faham setiap soalan yang ditanyakan.
Ambil masa anda dan fikir
dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
Bacakan jawapan anda
kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
Simpan Nota Peribadi anda
sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani
Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani
Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis
oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
Bandingkan Pernyataan
yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
Anda berhak membuat
pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
Turunkan tandatangan
betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: "Mengapa
saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi
tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa
ditangkap
Polis mempunyai hak untuk
menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: "Balai
Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang
menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang
berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda
lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk
membuat satu panggilan telefon kepada:
Keluarga atau rakan;
dan/atau
Seorang peguam.
Anda juga bolah
menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
yang anda telah
ditangkap;
masa, tempat dan alasan
ditangkap;
Balai Polis di mana anda
dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku
selepas ditangkap
Anda boleh ditahan
sehingga 24 jam
Di Balai Polis, atau
Di dalam lokap untuk
"membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding
dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda
meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan
peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan
kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda
berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh
menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan
berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai
satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah
merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan
selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja
dibebaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua
kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan
dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar
dan secukupnya semasa dalam tahanan.
5.5 Berapa lamakah pihak
Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh
menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk
menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera.
Jika pihak
Polis tidak dapat
menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke
hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan
tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang
pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi
menahan anda lebih daripada 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa
kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat
bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh
memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.
6.3 Berapa lamakah
Perintah Reman
Apabila pihak Polis
membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak
Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan
melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah
untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak
Polis.
Majistret berkenaan
mempunyai budi bicara:
untuk tidak membenarkan
Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
membenarkan Perintah
Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak
Polis.
Seorang Majistret
mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7
hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
Pihak Polis boleh memohon
Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh
membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis
kesalahan yang sedang disiasat.
Maklumkan kepada
Majistret:
anda mahu diwakili oleh
seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan
keluarga anda;
jika anda mahukan rawatan
perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
jika pihak Polis telah
mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
jika anda telah tidak
diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi
semasa dalam tahanan;
sama ada pernah ditahan
sebaik sebelum penahanan terkini anda;
sama ada pihak Polis
telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya
Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret
berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat
daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya:
"saya akan bekerjasama
dengan polis dalam
siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan
melarikan diri" dll).
7. PEMERIKSAAN BADAN
TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh
dilakukan
Jika anda berada di
satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis
menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh
menahan dan
memeriksa anda jika
mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang
dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis
berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu
dilakukan
Jangan benarkan Pegawai
Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku
anda.
Jika anda diminta untuk
mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut
"dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
Apabila kocek/saku/beg
anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
Semua pemeriksaan badan
mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
Seorang wanita hanya
boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut
untuk berbogel:
Bantah;
Ingat nama Pegawai Polis
tersebut; dan
Buat laporan Polis
selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN
SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh
berbuat demikian
Polis secara munasabah
mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang
disyaki.
Anda ditangkap.
Pemeriksaan badan
mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa
badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis
Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan
Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-
1. Pemeriksaan secara
menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa
pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya
boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke
atas.
3. Pemeriksaan sulit -
selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh
dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke
atas.
4. Pemeriksaan dalaman -
untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh
dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan
oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3 Hak anda
Semua pemeriksaan badan
mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
Anda dinasihatkan supaya
meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
Seorang wanita hanya
boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS
SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai
Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian
nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk
berdiam diri
Polis lazimnya akan
beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan
rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan
pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat
Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda
tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda
memilih untuk berdiam
diri, katakan,
"Saya ingin
menggunakan hak saya untuk berdiam diri."
9.3 Pernyataan 112 anda
semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan
bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan
anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan.
Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak
boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua
Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan
sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di
bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk
menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.
PUSAT BANTUAN GUAMAN /
LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691
3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007
/ 03-3281 2428
• Negeri Sembilan :
06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 /
06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis :
04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 /
09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617
451/ 04-3108 451